Sunday, 13 May 2012

kekurangan itu kelebihan


artikel ini juga saya baca melalui laman web i love islam. saya tertrik dengan artikel ini kerana selama ini saya selalu menganngap kekurangan itu adalah kelemahan. selepas membaca artikel ini baru saya sedar bahawa kekurangan itu adalah suatu kelebihan dan kekuatan pada diri kita yang tidak ada pada orang lain. percayalah, jika Allah memberikan kita suatu kekurangan, Dia juga akan memberikan kita kelebihan

gambar hiasan

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7).
kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan??

Apabila Hidayah Allah meyapa….



saya telah membaca artikel ini di laman web I love Islam. bagi saya artikel ini menarik untuk dibaca.
bukan senang untuk mendapat hidayah. hanya orang yang tertentu sahaja berpeluang merasainya. sesungguhnya hidayah Allah itu amatlah indah..beruntung la sesiapa yang merasainya..apapun sebagai hambanya kita hendaklah berdoa supaya kita juga berpeluang merasai hidayah Allah suatu hari nanti.
amiin...

NILAI KEISTIMEWAAN QIAMULLAIL


saya baca artikel ini dari sebuah buku yang bertajuk dahsyatnya qiamullail. tidak ramai oroang yang mampu untuk bangun pada tengah malam untuk beribadat kepada Allah ketika orang lain nyenyak dibuai mimpi. di dalam buku ini penulis telah mendedahkan beberapa keistimewaan qiamullail. semoga dengan perkongsian ini kita akan lebih bersemangat untuk melakukan qiamullail.


Al mughirah menceritakan Rasullullah bertahajud sehingga kedua-dua kakinya bengkak. Sahabat bertanya kepada baginda, “Mengapa engkau begitu bersungguh-sungguh melakukan qiamullail sedangkan dosamu yang lepas dan belum dilakukan,sudah diampunkan? Baginda menjawab,
“Adakah salah jika aku ingin menjadi manusia yang bersyukur?”
Apakah yang mendorong baginda sehingga begitu bersemangat mengerjakan qiamullail? Apakah rahsia yang terkandung dalam qiamullail?

Wednesday, 9 May 2012

jangan bersedih...


gambar hiasan



Mengapa aku diuji?
  Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?  Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Rahsia Waktu Solat




Solat merupakan rukun islam yang kedua. Oleh itu setiap individu yang bergelar muslim wajib mendirikan solat kerana ia merupakan tiang agama. Barangsiapa yang meninggalkan solat bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.

Wednesday, 25 April 2012

reminder 4 woman.....



saya terbaca nota ini di Facebook sahabat baik saya. saya amat tertarik dengan apa yang disampaikan oleh penulis dan saya percaya banyak manfaat serta iktibar yang dapat kita perolehi daripada nota ini..

gambar hiasan

Kepada calon- calon bidadari penghuni syurga,
Wahai calon- calon istri solehah kebanggaan Islam,

Wahai kaum hawa yang di dadanya telah tertanam bunga bunga iman….
Mari sejenak menyelami samudera hikmah dan kebijaksanaan… meneguk sejuknya untaian nasihat-nasihat yang akan menghilangkan dahaga iman. Semoga dengan sedikit nasihat ini, bagai terasa ditengah ganasnya gurun pasir kehidupan... yang bersumber dari Al-Qur’an dan Sunnah, serta lisan-lisan yang jujur…

gambar hiasan

berbakti kepada ibu bapa








“Keredhaan Allah itu bergantung pada keredhaan ibu dan bapa. Kemurkaan Allah juga bergantung pada kemurkaan ibu dan bapa.”
10 Hak Ibu Bapa yang wajib dipenuhi

KASIH IBU



DOA IBU MEMBAWA HUSNUL KHATIMAH



Ada seorang sahabat bernama Alqomah yang susah dalam menghadapi ajalnya. Dia terseksa dengan sakaratulmaut. Lidahnya kaku hendak mengucapkan kalimah Lailahaillallah sedangkan dia adalah seorang yang soleh dan rajin beribadah. Dia rajin berpuasa, solat, dan selal bersedekah.

Wednesday, 4 April 2012

terus berharap....

SELEPAS HUJAN PASTI AKAN ADA PELANGI YANG CANTIK
kadang-kadang, tidak semua yang kita inginkan dalam hidup ini kita akan dapat.sebagai insan biasa kita hanya mampu merancang ,namun Allah yang menentukan segalanya.

 teruskan berdoa dan jangan sesekali berputus asa.
Allah sentiasa mendengar segala doa dan permintaan hamba yang berdoa kepadanya. Jika doa kita tidak dimakbulkan sekarang,mungkin pada masa akan datang ia akan termakbul.
DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN
Jika kita tidak dapat apa yang kita inginkan, boleh jadi perkara itu bukan yang terbaik untuk kita. percayalah sesungguhnya Allah mengetahui segala yang terbaik untuk kehidupan kita

sabar dan sentiasa percaya dengan takdir Allah.. :-)

cinta vs cita-cita




lagu ni cam kene je ngan artikel kat bawah ni. kepada sesiapa yang masih keliru untuk memilih antara cinta dan cita-cita, semoga lagu dan artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan :-)
 
Antara cinta dan cita-cita
Jika kita ingin membicarakan perihal cinta, pelbagai definisi yang akan kita perolehi kerana setiap orang mempunyai persepsi mereka sendiri mengenai cinta. Ada yang menganggap cinta itu indah. Namun, ada juga yang menganggap cinta itu derita.