Wednesday, 25 April 2012

KASIH IBU



DOA IBU MEMBAWA HUSNUL KHATIMAH



Ada seorang sahabat bernama Alqomah yang susah dalam menghadapi ajalnya. Dia terseksa dengan sakaratulmaut. Lidahnya kaku hendak mengucapkan kalimah Lailahaillallah sedangkan dia adalah seorang yang soleh dan rajin beribadah. Dia rajin berpuasa, solat, dan selal bersedekah.
Jadi mengapa dia terseksa dengan sakaratulmaut? Sebabnya ialah ibunya tidak redha kepadanya. Ibunya masih berasa sakit hati atas perbuatannya dahulu.
Nabi Muhammad yang mengetahui hal itu melakukan muslihat dengan memerintahkan beberapa orang sahabat membuat persediaan bagi membakar Alqomah. Hati ibu Alqomah sedih dan pedih melihat mereka melonggokkan kayu bagi membakar anaknya. Lantas, dia bertaanya kepada nabi, “Ya Rasulullah, apakah yang hendak engkau lakukan kepada anakku?”
gambar hiasan
Nabi menjawab, “aku hendak membakar anakmu kerana dia tidak mungkin meninggal dunia dengan tenang sekiranya engkau tidak mahu mendoakannya!”
Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Alqomah segera menadah tangan ke langit dan berdoa, “Ya Allah,  aku bersaksi kepadamu dan kepada kerasulan nabimu. Sesungguhnya aku ikhlas atas segala perbuatan Alqomah  kepadaku, semoga dia meniggal dalam husnul khatimah!”
Sebaik sahaja ibunya selesai berdoa, Alqomah dapat mengucapkan dua kalimah syahadat dengan lancar dan dia meninggal dunia dengan tenang. Berkat doa restu ibunya, Alqomah meninggal dunia dalam husnul khotimah.

* Kisah ini saya petik dari sebuah buku yang bertajuk “Dahsyatnya Doa Ibu” hasil tulisan Syamsuddin Noor. Diharap kalian dapat mengambil iktibar dari kisah ini. Sesungguhnya redha ibu sangat penting untuk memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
SYURGA ITU TERLETAK DI TELAPAK KAKI IBU….

No comments:

Post a Comment