Sunday, 13 May 2012

Apabila Hidayah Allah meyapa….



saya telah membaca artikel ini di laman web I love Islam. bagi saya artikel ini menarik untuk dibaca.
bukan senang untuk mendapat hidayah. hanya orang yang tertentu sahaja berpeluang merasainya. sesungguhnya hidayah Allah itu amatlah indah..beruntung la sesiapa yang merasainya..apapun sebagai hambanya kita hendaklah berdoa supaya kita juga berpeluang merasai hidayah Allah suatu hari nanti.
amiin...


Pernahkah hidayah Allah menyapa hatimu wahai teman? Mesti pernah kan? Walau pun hanya sekali. Ada sahabat pernah cakap padaku, " Hidayah ni mungkin hanya akan datang sekali je dalam hidup kita. Jadi bila kita rasa hidayah tu hadir, peluklah erat-erat dan genggam lah kemas-kemas. Jangan biarkan ia terlepas pergi. Andainya terlepas, mungkin hidayah itu takkan datang lagi."
gambar hiasan
Alangkah ruginya jika kita tak ambil peluang yang Allah bagi kepada diri kita. Allah dah bagi peluang untuk kita berubah untuk jadi manusia yang lebih baik, tapi kita buat tak peduli. Rugi sangat-sangat.
Hidayah itu umpama satu papan tanda. Ia akan menunjukkan kita ke arah destinasi yang kita tuju. Apabila kita mengikuti papan tanda yang pertama, kita akan jumpa papan tanda yang seterusnya. Tapi pastikan kita mengikut papan tanda yang betul. Barulah  sampai ke  destinasi yang kita tuju.
Tapi sekiranya kita berpaling daripada papan tanda yang pertama itu dan mengikut papan tanda yang lain, kita akan semakin menjauh dari destinasi yang dituju. Dan akhirnya kita akan tersesat.
Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
"Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah."
(Surah Maryam 19:76)
Sebenarnya, kadang-kadang kita sedar Allah bagi hidayah kat kita. Allah nak kita tinggalkan benda yang salah yang sedang kita lakukan sekarang. Tapi, kita sangat sayang nak tinggalkan benda yang sedang kita buat. Ye lah. Benda mungkar ni memang seronok nak buat. Lebih-lebih lagi bila dah jadi tabiat. Dosa ni boleh lah dianggapkan sebagai kurap. Semakin kita garu, semakin seronok pula rasa. Kalau tak dirawat, bila dah tinggal parut memang sukar nak dihilangkan.

1 comment:

  1. The Casino - DrMCD
    The Casino. 전라남도 출장안마 DrMcd 거제 출장마사지 is your premier gaming center 부산광역 출장안마 located in the 전주 출장안마 heart of East Steampowered 거제 출장안마 Downtown Boston, just minutes from Mall of America®. Dr

    ReplyDelete