saya baca artikel ini dari sebuah buku yang bertajuk dahsyatnya qiamullail. tidak ramai oroang yang mampu untuk bangun pada tengah malam untuk beribadat kepada Allah ketika orang lain nyenyak dibuai mimpi. di dalam buku ini penulis telah mendedahkan beberapa keistimewaan qiamullail. semoga dengan perkongsian ini kita akan lebih bersemangat untuk melakukan qiamullail.
Al mughirah menceritakan Rasullullah bertahajud sehingga
kedua-dua kakinya bengkak. Sahabat bertanya kepada baginda, “Mengapa engkau
begitu bersungguh-sungguh melakukan qiamullail sedangkan dosamu yang lepas dan
belum dilakukan,sudah diampunkan? Baginda menjawab,
“Adakah salah jika aku ingin menjadi manusia yang bersyukur?”
Apakah yang mendorong baginda sehingga begitu bersemangat
mengerjakan qiamullail? Apakah rahsia yang terkandung dalam qiamullail?
Berikut penerangan mengenai keistimewaan qiamullail sebagaimana
yang diterangkan di dalam al-quran dan hadis nabi. Semoga dengan perkongsian
ini mendorong kita semua supaya lebih semangat untuk melakukan qiamullail.
KEBIASAAN ORANG SOLEH
“hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail
adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada
Allah, menghapus dosa serta mengusir penyakit daripada tubuh.” : at-Tirmizi
Orang soleh memanfaatkan malamnya bagi beribadat kepada
Allah. Sebaliknya, orang yang derhaka mengisi malamnya dengan melakukan maksiat
dan dosa. Orang soleh bangun malam bagi bermunajat dan mendekatkan diri kepada
Rabbnya. Ini kerana mereka mengenal diri mereka sendiri dan tuhan mereka. Mereka
tahu apa yang manusia perlu kukan demi tuhannya.
AMALAN YANG LEBIH UTAMA SELEPAS SOLAT FARDU
Jundab melaporkan, Rasulullah SAW berkata:
“solat yang utama selepas solat fardu adalah solat pada
tengah malam. Puasa yang utama selepas puasa bulan ramadhan adalah puasa bulan
Allah yang dimuliakan.”
Direkodkan oleh Thabrani, Abu Nu’aim dan Dailami,
Rasullullah berkata: “kamu wajar mengerjakan solat tahajud walaupun sesingkat
masa memerah susu unta dan sesigkat masa memerah susu kambing”
MENDAPAT KEMULIAAN
Dalam surah al-Israk, ayat 79, Allah berkata kepada nabinya:
“bangunlah pada sebahagian waktu malam serta kerjakanlah
solat tahajud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkitkan dan
menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
AMAL IBADAH YANG SERING DILAKUKAN RASULULLAH
Aisyah R.A berkata: Rasulullah tidak meninggalkan
qiamullail. Apabila baginda sakit ataupun penat, maka baginda bersolat sambil
duduk.”
SALAH SATU PENYEBAB MASUK SYURGA
Direkodkan oleh Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Hakim, Rasulullah
berkata:
“sebarkanlah salam, berikanlah makan, rapatkanlah hubungan,
bersolatlah pada waktu malam semasa manusia tertidur dan kemudian masuklah ke
dalam syurga dengan kedamaian.”
MENGHILANGKAN KEMURKAAN ALLAH DAN MENYEJUKKAN API NERAKA
Hadis yang direkodkan Ibnu Umar:
“Kerjakanlah solat malam walaupun hanya satu rakaat. Sesungguhnya
solat malam dapat mencegah dosa, menghilangkan kemurkaan Allah dan mendinginkan
panasnya api pada hari kiamat.”
MENGHAPUSKAN KESALAHAN DAN DOSA
Ibnul Hajj berkata, “qiamullail bermanfaat bagi melebur dosa
sebagaimana angina kencang menerbangkan dedaun kering daripada pokok.”
MEMENDEKKAN MASA BERDIRI DI PADANG MAHSYAR
Bagi mereka yang rajin qimullail dengan ikhlas, mereka tidak
perlu berdiri lama di padang mahsyar kerana di dunia, mereka telah merasai
lamanya berdiri bagi bersoat dalam kegelapan malam.
LEBIH BAIK DARIPADA DUNIA SEISINYA
Ibnu Umar melaporkan, Rasulullah berkata:
“dua rakaat yang dilakukan anak adam pada bahagian terakhir
daripada malam lebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya. Seandainya
tidak kerana takut memberkati umat, maka aku mewajibkan amalan itu ke atas
mereka.”
No comments:
Post a Comment