Solat merupakan rukun islam yang kedua. Oleh itu setiap
individu yang bergelar muslim wajib mendirikan solat kerana ia merupakan tiang
agama. Barangsiapa yang meninggalkan solat bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.
Realitinya hari ini, ramai di antara kita yang enggan
menunaikan solat. Bagi mereka yang mendirikan solat pula, tidak semua yang
mengetahui hikmah solat dari sudut kesihatan. Artikel ini saya ambil dari buku
nukilan Fahrur Muis yang bertajuk “ BERUBAT DENGAN SOLAT”. semoga ia mampu memberi manfaat dan kesedaran kepada kita semua...
“sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang yang beriman.”
Allah sudah menetapkan waktu-waktu solat supaya kita
mendirikan setiap solat pada waktunya. Tahukah anda bahawa di dalam setiap
solat yang kita dirikan mengandungi hikmahnya yang tersembunyi.
- Waktu solat subuh yang dating pada waktu fajar dan sebelum matahari terbit adalah sebaik-baik waktu bagi kesihatan. Ketika itu, udara masih dalam keadaan bersih . seseorang yang berwudhuk dan berjalan kaki ke masjid, dia sudah memulakan harinya dengan penuh semangat dan tidak berasa malas.
- Waktu solat zohor adalah penyegar semangat dan fizikal manusia. Secara biologi, waktu itu badan kita memerlukan tenaga tambahan kerana kita telah banyak menggunakan tenaga melakukan aktiviti dari pagi hingga tengah hari. Selain tubuh bebas seketika daripada kesibukan kerja, solat zohor juga berfungsi sebagai penenang badan yang disebabkan perut lapar.
- Waktu solat asar pula berada ketika waktu bekerja hampir selesai dan badan dalam keadaan letih. Berdasarkan kajian Dr. Zahir Qarami, solat asar dapat menjauhkan seseorang daripada beberapa penyakit jiwa dan fizikal. Menurut beliau, solat asar dapat menurunkan hormon andrenalin yang terhasil pada pukul 3 hingga 4 petang, yang mana dapat menimbulkan pelbagai penyakit. Alasannya, ketika manusia menghadapi kesulitan dan tidak melakukan pergerakan fizikal, maka perkara itu akan menyebabkan penyakit jiwa dan fizikal keana pengaruh hormon andrenalin yang meningkat secara berterusan.
- Waktu solat maghrib pula apabila berubahnya terang menjadi gelap iaitu ketika pekerjaan selesai dan merupakan waktu istirehat malam. Sementara itu, waktu isyak tiba pada saat kita mengakhiri aktiviti seharian. Itu adalah waktu yang sesuai bagi memperbaiki peredaran darah dan mengatur pernafasan.
solat
|
Jumlah rakaat
|
Organ tubuh
|
Kesan solat kepada organ tubuh
|
SUBUH
|
2
|
Paru-paru
|
Paru-paru menyerap oksigen (O2)
sebagai bahan bakar bagi metabolisma tubuh hingga manusia mampu melakukan
pelbagai aktiviti.
|
ZOHOR
|
4
|
Usus besar dan perut
|
Meningkatkan penyerapan makanan
sebagai sumber tenaga bagi melakukan aktiviti sepanjang hari
|
ASAR
|
4
|
jantung
|
Adalah fasa penyejuk kerana seluruh 11
sistem tubuh sudah bekerja secara optimum ketika manusia melakukan aktiviti
harian.
|
MAGHRIB
|
3
|
Ginjal dan usus kecil
|
Fungsi detoksifikasi. Semua sisa metabolisma
dibuang melalui ginjal dan usus kecil.
|
ISYAK
|
4
|
Hati dan pankreas
|
Proses penyerapan bagi menggantikan
sel-sel mati sekaligus sebagai proses membentuk imuniti hingga selepas isyak
tubuh memerlukan rehat supaya proses pembaikan berjalan lancar.
|
No comments:
Post a Comment