lagu ni cam kene je ngan artikel kat bawah ni. kepada sesiapa yang masih keliru untuk memilih antara cinta dan cita-cita, semoga lagu dan artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan :-)
Antara cinta dan cita-cita
Jika
kita ingin membicarakan perihal cinta, pelbagai definisi yang akan kita
perolehi kerana setiap orang mempunyai persepsi mereka sendiri mengenai cinta.
Ada yang menganggap cinta itu indah. Namun, ada juga yang menganggap cinta itu
derita.
sekadar gambar hiasan |
cinta atau cita-cita? |
Mungkin
masih ada di antara kita menghadapi dilema untuk memilih di antara cinta dan
cita-cita kerana bagi mereka kedua-duanya adalah sama penting. Setiap individu
mempunyai persepsi yang berbeza megenai isu ini. Kebanyakan mahasiswa
menjadikan cinta sebagai pembakar semangat dan pendorong mereka untuk mencapai
kejayaan. Tetapi, ada juga segelintir mahasiswa menganggap cinta hanya sesuatu
yang sia-sia dan menyebabkan mereka alpa akan tujuan asal mereka bergelar
mahasiswa.
Perasaan
cinta hadir tanpa diundang. Kadang-kadang sebagai manusia biasa, kita tidak
mampu untuk menolak cinta yang mula bercambah di dasar hati kerana sudah
menjadi lumrah bahawa setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti pernah
merasakan apa itu cinta. Adakalanya cinta itu hadir hanya sekadar untuk menguji
kita dalam perjalanan menuju matlamat dan impian kita. Jadi, kita harus
berwaspada agar kita tidak tersungkur dan kecundang tika perjalanan kita masih
jauh.
setiap
individu pasti mempunyai pengalaman mencintai dan dicintai seseorang. Namun, adakah
kita yakin cinta itu akan kekal hingga ke jinjang pelamin atau pun terkandas di
pertengahan jalan? adakalanya kita keliru dengan perasaan yang hadir secara
tiba-tiba di hati kita. Tidak pasti adakah ia sayang atau cinta. Lantas, tanpa
berfikir panjang kita membuat kesimpulan bahawa perasaan yang hadir itu adalah
cinta.
cinta sejati akan menyusul setelah cita-cita tercapai |
Percayalah,
cinta akan menyusul setelah kita berjaya mencapai cita-cita. Pada ketika itu,
kita tidak lagi menghadapi sebarang masalah jika cinta hadir dalam kehidupan
kita kerana kita akan sirami cinta itu dengan kejayaan yang telah kita
perolehi. Jika kita ingin cinta dan cita-cita berjalan seiring, cintailah
cita-cita terlebih dahulu kerana cinta pasti akan menyusul kemudian. Pada
akhirnya, kita boleh memiliki kedua-duanya tanpa perlu mengorbankan salah satu
daripadanya.
No comments:
Post a Comment