Sunday, 15 March 2015

UNIT 1: NYAWA ABDULLAH DIGANTI DENGAN 100 EKOR UNTA



1. Abdul Mutalib telah dikurniakan 10 orang anak lelaki dan salah seorang daripadanya adalah Abdullah. beliau sangat menyayangi abdullah kerana akhlaknya yang baik dan bersopan santun.

2. beliau telah bernazar sekiranya beliau dikurniakan 10 orang anak lelaki yang mampu menjaganya, salah seorang daripadanya akan dikorbankan untuk tuhan berhala yang disembahnya.

3. setelah anaknya dewasa, abdul mutalib telah menceritakan nazarnya kepada anak-anaknya dan mereka telah bersetuju menunaikan nazar tersebut.



4. untuk melaksanakan nazar tersebut, nama mereka ditulis pada salah satu anak panah dan diberikan kepada penjaga berhala hubal untuk dicabut. cabutan tersebut terkena pada nama abdullah.

5. orag quraish dan bapa saudara abdullah sebelah ibunya menghalang hasrat abdul mutalib. lalu, perkara tersebut telah dirujuk kepada tukang tilik.

6. tukang tilik telah menyuruh abdul mutalib menulis nama abdullah pada sebatang anak panah dan 10 ekor unta pada satu anak panah lagi. sekiranya semasa semasa memilih anak panah yng tertulis nama abdullah, maka hendaklah ditambah 10 ekor unta lagi sehingga tuhan merestuinya. jika terkena kepada unta maka hendaklah disembelih unta tersebut.

7. setiap kali undi dicabut,terkena pada nama Abdullah sehinggalah bilangan unta ditambah menjadi 100 ekor barulah undi yang dicabut terkena kepada unta.kemudian unta itu disembelih sebagai ganti kepada nyawa Abdullah


No comments:

Post a Comment