Sunday, 15 March 2015

SIRAH UNIT 2

ABRAHAH MENYERANG KAABAH

1. peritiwa tentera bergajah enyerang mekah berlaku pada tahun kelahiran nabi Muhammad iaitu pada bulan muharram 55 hari sebelum baginda dilahirkan.

2. tentera bergajah diketuai oleh Abrahah yang merupakan raja yaman dan beragama kristian.

3. Abrahah merasa cemburu melihat orang arab pergi ke mekah pada setiap tahun untuk menunaikan haji. Abrahah telah membina sebuah gereja yang besar dan cantik diberi nama " al-qulais "

4.rancangan abrahah gagal kerana orang ramai masih pergi ke mekah dan tidak menziarahi gereja yag dibinanya. ini telah menimbulkan kemarahan Abrahah,

5. Abrahah telah mempersiapkan angkatan tentera yang besar seramai 60,000 orang lengkap dengan senjata beserta 13 ekor gajah.



6. tujuan Abrahah ke mekah adalah untuk meruntuhkan kaabah. penduduk mekah telah melarikan diri ke bukit-bukit untuk menyelamatkan diri.

7. Allah telah menghantar burung ababil yang membawa batu berapi untuk memusnahkan tentera bergajah. akhirnya, tentera bergajah musnah dan abrahah meninggal dunia dalam keadaan mengerikan.

8. Allah telah merakamkan kisah ini dalam surah al-fil


No comments:

Post a Comment