Wednesday, 25 April 2012

reminder 4 woman.....



saya terbaca nota ini di Facebook sahabat baik saya. saya amat tertarik dengan apa yang disampaikan oleh penulis dan saya percaya banyak manfaat serta iktibar yang dapat kita perolehi daripada nota ini..

gambar hiasan

Kepada calon- calon bidadari penghuni syurga,
Wahai calon- calon istri solehah kebanggaan Islam,

Wahai kaum hawa yang di dadanya telah tertanam bunga bunga iman….
Mari sejenak menyelami samudera hikmah dan kebijaksanaan… meneguk sejuknya untaian nasihat-nasihat yang akan menghilangkan dahaga iman. Semoga dengan sedikit nasihat ini, bagai terasa ditengah ganasnya gurun pasir kehidupan... yang bersumber dari Al-Qur’an dan Sunnah, serta lisan-lisan yang jujur…

gambar hiasan

berbakti kepada ibu bapa








“Keredhaan Allah itu bergantung pada keredhaan ibu dan bapa. Kemurkaan Allah juga bergantung pada kemurkaan ibu dan bapa.”
10 Hak Ibu Bapa yang wajib dipenuhi

KASIH IBU



DOA IBU MEMBAWA HUSNUL KHATIMAH



Ada seorang sahabat bernama Alqomah yang susah dalam menghadapi ajalnya. Dia terseksa dengan sakaratulmaut. Lidahnya kaku hendak mengucapkan kalimah Lailahaillallah sedangkan dia adalah seorang yang soleh dan rajin beribadah. Dia rajin berpuasa, solat, dan selal bersedekah.

Wednesday, 4 April 2012

terus berharap....

SELEPAS HUJAN PASTI AKAN ADA PELANGI YANG CANTIK
kadang-kadang, tidak semua yang kita inginkan dalam hidup ini kita akan dapat.sebagai insan biasa kita hanya mampu merancang ,namun Allah yang menentukan segalanya.

 teruskan berdoa dan jangan sesekali berputus asa.
Allah sentiasa mendengar segala doa dan permintaan hamba yang berdoa kepadanya. Jika doa kita tidak dimakbulkan sekarang,mungkin pada masa akan datang ia akan termakbul.
DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN
Jika kita tidak dapat apa yang kita inginkan, boleh jadi perkara itu bukan yang terbaik untuk kita. percayalah sesungguhnya Allah mengetahui segala yang terbaik untuk kehidupan kita

sabar dan sentiasa percaya dengan takdir Allah.. :-)

cinta vs cita-cita




lagu ni cam kene je ngan artikel kat bawah ni. kepada sesiapa yang masih keliru untuk memilih antara cinta dan cita-cita, semoga lagu dan artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan :-)
 
Antara cinta dan cita-cita
Jika kita ingin membicarakan perihal cinta, pelbagai definisi yang akan kita perolehi kerana setiap orang mempunyai persepsi mereka sendiri mengenai cinta. Ada yang menganggap cinta itu indah. Namun, ada juga yang menganggap cinta itu derita.